Friday 9 March 2012

Kehilangan

Assalamualaikum, lama rasanya tak menghadap blog aku ni, so alang-alang dah online why not aku update ja blog usangku ini.
Tanggal 17-02-2012 hari Jumaat, jam 12:17.. Telah kembalilah sorang nenek yang sangat dikasihi cucu-cucunya ke Rahmatullah, sayu rasa hati time tulis entri ni, tapi nak buat macam mana dah lumrah hidup, yang hidup pasti akan mati, so yang hidup ni kenalah teruskan hidup dengan memperbanyakkan amal ibadat kepada Allah S.W.T. Rasanya lepas ni dah tak ada sapa lagi dah yang nak bagi aku duit raya lebih masa raya. Rasa macam arwah still kat sisi even dia dah tak ada..